pengunjung

welcome


Jumaat, 22 Julai 2011

Realiti Kehidupan..

kisah tentang hidup dn tentang diriku kekadang rahsia walaupun ia nya bukan sesuatu yg perlu dirahsiakan.aku bukan mudah melupakan orang yang aku sayang.aku bukan jenis orang yang touch & go....aku bukan mcm tu.sekali aku sayang kat orang tuselama-lamanya aku sayang..tapi Tuhan tidak menjanjikan hari-hari ku tanpa sakit, tertawa tanpa kesedihan, matahari tanpa hujan, tetapi dia menjanjikan kekuatan untuk hari itu, dan kebahagiaan untuk air mata dan terang dalam perjalanan..kekecewaan bagai polisi tidur ku, ini akan melambatkan tetapi aku akur dan selanjutnya akan menikmati jalan rata..akan ku teruskan melangkah ketika aku kecewa kerana aku tidak memperolehi apa yang aku kehendaki, aku terima dan bergembira walaupun aku di dalam kekalutan, kerana aku yakin Tuhan sedang memikirkan sesuatu yang lebih baik untuk diri ku..saat terjadi atau berlaku sesuatu pada ku, baik atau buruk, dipertimbangkanlah hikmah di sebaliknya.ada hikmah di setiap kejadian dalam kehidupan, yang mengajar aku bagaimana lebih sering kali tertawa atau tidak terlalu keras menangis..aku tidak boleh memaksa seseorang mencintaku, dan apa yang dapat aku lakukan hanyalah membiarkan diri ku untuk dicintai, selebihnya ada pada orang ituuntuk menilai diri akan diriku..lebih baik kehilangan harga diri kepada orang yang mencintai aku daripada kehilangan orang yang aku cintai kerana harga diriku..banyak yang aku pelajari tentang apa itu erti hidup?..belajar mengenal manusia dan sekaligus mengenal kehidupan.. dan apa yang ku cari dalam kehidupan..emmm..memang mudah tapi terlalu mendalam makna sesebuah kehidupan itu..dan perjalanan hidup aku ini tak selalunya indah setiap hari.yang aku lalui pastinya ada panas, hujan ,redup dan ribut..antara cinta, kasih dan sayang munkin Tuhan sengaja mahukan aku bertemu insan yang salah sebelum aku menemui insan yang betul, walaupun akhirnya aku akan menemuinya, agar aku tahu untuk bersyukur dengan nikmat pemberiannya...pabila pintu kebahagiaan tertutup, biasanya pintu yang tertutup itulah yang direnung lama hinggakan aku tiada terlihat pintu lain yang dibukakan buat ku...btw, sahabat yang paling baik adalah sahabat yang boleh duduk bersama dalam buaian, berbuai bersama tanpa sebarang kata, dan kemudian berjalan pulang dengan satu perasaan itulah perbualan yang paling hebat, benar aku tidak tahu apa yang telah aku miliki, sehinggalah aku kehilangan nya, aku tidak tahu apa yang aku rindui, sehinggalah ia datang, jangan harapkan cinta sebagai balasan, tapi nantikan ia untuk mekar, pastikan ia terus dalam syurga hati ku, cinta, kasih, dan sayang cuma seminit untuk jatuh hati, sekadar sejam menyukainya, sehari untuk menyintainya, tapi sepanjang hayat untuk melupakannya, kejarlah insan yang bisa mengukir senyuman di wajah kita, walau cuma sekuntum senyuman untuk mencerahkan hati nan suram, kejarlah dan carilah, akan tiba waktunya, sehingga aku ingin mengapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenarnya..hanya mereka yang bijak menghargai mutiara ini mampu menyentuh kebahagiaan, cinta, kasih dan sayang..bermula dengan senyuman, mekar dengan senyuman, dan munkin berakhir dengan tangisan..hati ni akan sunyi, sunyi dengan suara lagu, suara rengekan, suara manja dari seorang insan, insan yang ku letakkan antara cinta, kasih dan sayang..