pengunjung

welcome


Jumaat, 24 Jun 2011

CINTA..

Kebanyakan orang suka menyimpan perasaan apabila berhadapan dengan orang yang sangat diminatinya. Dia akan menjadi pendiam dan berkelakuan lain dari biasa bila si dia yang disukai lalu di depan mata. Tetapi pelik, dengan orang lain, dia boleh membebel dan ketawa girang pula! Kenapa harus menyimpan perasaan? Kenapa tidak diluahkan? Kerana kamu takut bukan? Kamu takut dia tak menyambut cintamu, lalu dia yang selama ini menjadi sahabatmu akan menjauh darimu. Kamu takut dia membenci dirimu, lalu persahabatan kamu menjadi dingin.

Namun itu bagi kamu yang dalam persahabatan. Tapi bagaimana pula bagi kamu yang mencintai seseorang dari jauh? Padahal kamu dan dia tidak pernah bercakap, hanya memandang dari jauh saja. Tepat diklasifikasikan sebagai ‘cinta terpendam’. Pedih bukan? Kamu hanya mampu memandang wajahnya dari jauh, lalu wajah itu kamu scan di dalam otak dan perasaan kamu, berharap untuk bertemu dengannya dalam mimpi, lalu bila kamu bangun keesokkan harinya, kamu akan tersenyum dan lebih bersemangat lagi untuk bertemu dengannya. Tetapi sayangnya… hanya dari jauh.

Jadi, berapa ramaikah antara kamu yang berani menyatakan hasrat cinta itu pada orang yang diminatinya? Kesian sungguh, lama sungguh kamu menyimpan perasaan dan akhirnya, si dia telah menjadi hak orang lain, orang lain yang lebih berani dari dirimu. Kemudian kamu akan menyesal, menangis sepuas-puasnya… definasi lawak yang sesuai untuk kamu ialah ‘frust badak’ hahahah ( sehingga ketawa kamu pun seperti tak siuman..